Sunday, July 7, 2013

kerana kita berbeza

Anak kecil itu meraung,
Meminta dibelikan anak patung,
Tetapi permintaanya tidak mampu ditanggung.

Kanak-kanak itu pergi bercuti,
Kerana masa terluang perlu diisi,
Unik sekali,
Percutiannya bertempat di lubuk rezeki.

Umurnya kian menginjak remaja,
Emosi semakin meraja,
Memberontak ada,
Murung juga ada,
Mungkin kerana hidupnya sudah berubah rupa.

Ibu pernah berkata,
"Anakku,hidup kita berbeza.
Tidak sama seperti mereka.
Kita perlu berusaha,
lebih daripada biasa."

Kini dia sudah dewasa,
Jauh di mata keluarga,
Dia juga sudah punya 'harta',
Walaupun ditanggung oleh pihak
yang bernama manusia.

Dia pernah alpa,
Guna 'harta' itu suka-suka,
Sedangkan keluarga merana,
Mencari rezeki hingga hilang punca. 

Dia mahu pulang ke tanah air tercinta,
Biasanya itu satu berita gembira,
Ibunda pasti bahagia,
Tetapi yang terjadi sebaliknya.

Bukan kerana tidak cinta,
Cuma 
"hidup kita berbeza".

                              Sekadar gambar hiasan



Wednesday, July 3, 2013

Huru-hara

Syariat islam ingin dipelihara,
Ada yang suka,
Ada juga yang mencerca,
Apa yang kalian mahukan sebenarnya?

Mahu pemerintahan ala mubarak semula?
Itu tidak bijak namanya,
Kerana sudah pasti kalian akan berdemo semula.

Dengarnya kalian takut israel dan amerika mengacukan senjata,
Kerana dr morsy memusuhi mereka,
Adakah mereka itu pencabut nyawa?

Jikalau begitu apa gunanya ayat2 al-quran yg selalu dibaca,
malah kalian faham maksudnya.

"Beriman kepada Allah dan rasulnya dan berjihadlah di jalan Allah dengan harta dan nyawamu,itulah yg terbaik utk kamu jika kamu mengetahui."

Apa kalian ingat ayat ini utk zaman nabi sahaja?
Atau untuk golongan tajarud semata?

'Kalian' itu anggap saja diri kita semua,
Supaya dijadikan sempadan sehingga cucu cicit seterusnya=))

Saturday, May 11, 2013

Hapus 'sesawang' hati

X keruan,bersalah,berdosa.
Sambil baca pharma(kononnya) sambil layan perasaan.
Mujur ada sahabat tegur,
Yakin tu mesti tanda sayang,
Kalau x tegur memang x akan sedar.
Terima kasih sahabat.

Entah.
Mungkin stress,
Taklifan,belajar,exam.
Kalau tanggung sorang2 memang tipulah kalau x menangis.
Dapat luahkan kat seseorang pun jadilah,
Walaupun x dapat tolong pun x mengapa,
Yang penting boleh jadi pendengar yang setia,
Mujur x tidur juga kan malam ni kan sahabat?
Terima kasih...

Memang betul.
Hanya melihat wajah sahabat2 seperjuangan,
Sudah cukup menguatkan.
Terus sedar bukan diri sendiri sahaja yang menanggung beban,
Mereka pun.
Malah mereka senyum,
Jadi kenapa aku x boleh senyum?
Terima kasih sahabat,
Senyuman kalian cukup menenangkan hati.

Minta maaf cik blog,
Lama x ziarah,
Sekali ziarah terus 'meroyan',
Niatnya memang nak bersihkan sesawang blog ni,
Sambil2 luahkan sesawang(dosa) dalam hati.
Nak hapuskan dosa,mmg bukan kt sini tempatnya,
Mengadap Sang Pencipta selayaknya.

Jumpa lagi cik blog.