Sunday, July 7, 2013

kerana kita berbeza

Anak kecil itu meraung,
Meminta dibelikan anak patung,
Tetapi permintaanya tidak mampu ditanggung.

Kanak-kanak itu pergi bercuti,
Kerana masa terluang perlu diisi,
Unik sekali,
Percutiannya bertempat di lubuk rezeki.

Umurnya kian menginjak remaja,
Emosi semakin meraja,
Memberontak ada,
Murung juga ada,
Mungkin kerana hidupnya sudah berubah rupa.

Ibu pernah berkata,
"Anakku,hidup kita berbeza.
Tidak sama seperti mereka.
Kita perlu berusaha,
lebih daripada biasa."

Kini dia sudah dewasa,
Jauh di mata keluarga,
Dia juga sudah punya 'harta',
Walaupun ditanggung oleh pihak
yang bernama manusia.

Dia pernah alpa,
Guna 'harta' itu suka-suka,
Sedangkan keluarga merana,
Mencari rezeki hingga hilang punca. 

Dia mahu pulang ke tanah air tercinta,
Biasanya itu satu berita gembira,
Ibunda pasti bahagia,
Tetapi yang terjadi sebaliknya.

Bukan kerana tidak cinta,
Cuma 
"hidup kita berbeza".

                              Sekadar gambar hiasan



No comments:

Post a Comment