Sunday, July 7, 2013

kerana kita berbeza

Anak kecil itu meraung,
Meminta dibelikan anak patung,
Tetapi permintaanya tidak mampu ditanggung.

Kanak-kanak itu pergi bercuti,
Kerana masa terluang perlu diisi,
Unik sekali,
Percutiannya bertempat di lubuk rezeki.

Umurnya kian menginjak remaja,
Emosi semakin meraja,
Memberontak ada,
Murung juga ada,
Mungkin kerana hidupnya sudah berubah rupa.

Ibu pernah berkata,
"Anakku,hidup kita berbeza.
Tidak sama seperti mereka.
Kita perlu berusaha,
lebih daripada biasa."

Kini dia sudah dewasa,
Jauh di mata keluarga,
Dia juga sudah punya 'harta',
Walaupun ditanggung oleh pihak
yang bernama manusia.

Dia pernah alpa,
Guna 'harta' itu suka-suka,
Sedangkan keluarga merana,
Mencari rezeki hingga hilang punca. 

Dia mahu pulang ke tanah air tercinta,
Biasanya itu satu berita gembira,
Ibunda pasti bahagia,
Tetapi yang terjadi sebaliknya.

Bukan kerana tidak cinta,
Cuma 
"hidup kita berbeza".

                              Sekadar gambar hiasan



Wednesday, July 3, 2013

Huru-hara

Syariat islam ingin dipelihara,
Ada yang suka,
Ada juga yang mencerca,
Apa yang kalian mahukan sebenarnya?

Mahu pemerintahan ala mubarak semula?
Itu tidak bijak namanya,
Kerana sudah pasti kalian akan berdemo semula.

Dengarnya kalian takut israel dan amerika mengacukan senjata,
Kerana dr morsy memusuhi mereka,
Adakah mereka itu pencabut nyawa?

Jikalau begitu apa gunanya ayat2 al-quran yg selalu dibaca,
malah kalian faham maksudnya.

"Beriman kepada Allah dan rasulnya dan berjihadlah di jalan Allah dengan harta dan nyawamu,itulah yg terbaik utk kamu jika kamu mengetahui."

Apa kalian ingat ayat ini utk zaman nabi sahaja?
Atau untuk golongan tajarud semata?

'Kalian' itu anggap saja diri kita semua,
Supaya dijadikan sempadan sehingga cucu cicit seterusnya=))